CGTN: Mengutamakan rakyat – Prinsip panduan dalam pentadbiran urus China

CGTN telah menerbitkan sebuah artikel yang mengetengahkan bagaimana pendekatan tadbir urus berteraskan rakyat telah meningkatkan taraf hidup di China secara ketara dan bagaimana pendekatan ini dijangka terus membawa penambahbaikan nyata kepada kehidupan rakyat pada masa hadapan

BEIJING, May 26, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Menjelang sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, Presiden China Xi Jinping telah melawat sebuah kantin komuniti di kompleks pangsapuri warga emas bagi meninjau usaha tempatan untuk mempertingkatkan perkhidmatan kemudahan awam dan penjagaan warga emas. Beliau turut beramah mesra dengan para pekerja penghantaran yang sedang berehat di kantin tersebut, sambil bertanyakan tentang pekerjaan serta kehidupan harian mereka.

Xi menegaskan bahawa jawatankuasa Parti dan kerajaan di semua peringkat mesti memberikan perhatian terhadap kebajikan golongan ini serta menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk menyokong kehidupan, pekerjaan dan pendidikan mereka.

Tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-105 penubuhan Parti Komunis China (CPC). Xi pernah menekankan bahawa rakyat adalah asas negara dan negara dibentuk oleh rakyat. Beliau turut menegaskan bahawa kelangsungan sesebuah parti bergantung sepenuhnya kepada sokongan rakyat. Beliau menambah bahawa dengan keyakinan serta dukungan rakyat, CPC mampu kekal teguh dan tidak dapat ditundukkan walau berdepan sebarang cabaran.

Sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-18 pada tahun 2012, hampir 100 juta orang telah berjaya keluar daripada kemiskinan. China juga telah berjaya membina masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh, serta menubuhkan sistem terbesar dunia bagi pendidikan, keselamatan sosial, penjagaan kesihatan dan sokongan perumahan bandar.

Akses kepada pendidikan di semua peringkat telah mencapai atau melebihi purata negara berpendapatan sederhana dan tinggi. Liputan insurans perubatan asas kekal melebihi 95%, jangka hayat meningkat melebihi 79 tahun dan kumpulan berpendapatan sederhana kini melebihi 400 juta orang.

Penekanan terhadap prinsip “mengutamakan rakyat” semakin jelas apabila China memasuki tahun pertama Rancangan Lima Tahun ke-15 (2026–2030). Lebih satu pertiga daripada rancangan pembangunan ekonomi dan sosial negara tertumpu kepada kesejahteraan rakyat. Ia merangkumi aspek pekerjaan, pendapatan, pendidikan, penjagaan kesihatan, penjagaan warga emas serta penjagaan kanak-kanak – isu yang paling mendapat perhatian segera masyarakat.

Penghantar makanan, pemandu e-hailing dan pekerja e-dagang merupakan “bentuk pekerjaan baharu” yang muncul hasil daripada kebangkitan internet dan ekonomi digital. Kumpulan ini kini mewakili segmen pasaran buruh China yang berkembang pesat. Rancangan tersebut menekankan usaha untuk memperkukuh pembangunan yang sihat bagi pekerjaan fleksibel serta bentuk pekerjaan baharu. Selain itu, ia menyokong pekerja dalam sektor ini untuk menyertai skim insurans pekerja dan memperbaiki dasar pemindahan akaun keselamatan sosial.

Zhang Linshan, seorang penyelidik di Academy of Macroeconomic Research di bawah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, menyatakan bahawa Rancangan Lima Tahun ke-15 menghantar isyarat yang jelas bahawa China kekal komited kepada pendekatan berteraskan rakyat. Rancangan ini menekankan pembangunan berkualiti tinggi yang memberi tumpuan kepada peningkatan mutu kehidupan rakyat. Ia juga memastikan bahawa hasil pembangunan dapat dinikmati oleh semua orang secara lebih meluas dan adil.

Zhang berkata hal ini juga mencerminkan peralihan pembangunan China daripada sekadar mengejar sama ada terdapat pertumbuhan kepada menitikberatkan pertumbuhan yang lebih berkualiti.

Zhang menambah bahawa matlamat utama adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat bergerak seiring, sekali gus mewujudkan kitaran pembangunan yang positif serta meningkatkan rasa terjamin dan keyakinan rakyat terhadap masa depan.

https://news.cgtn.com/news/2026-05-24/Putting-people-first-A-guiding-principle-in-China-s-governance-1NpJlbWbCUM/p.html


Hubungi:
CGTN Digital
cgtn@cgtn.com

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Sign up for:

Cultural Currents Virgin Islands

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.